Followers

Thursday, 12 April 2018

Tan Seng Giaw Jauh Lebih Suci Dari Kaki Fitnah 1MDB


Tan Seng Giaw adalah seorang pemimpin DAP yang jelas berpegang kepada ideologi politik yang berbeza sama sekali dengan apa yang diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Artikel ini bukanlah mahu mengangkat atau menjulang Tan Seng Giaw tetapi ditulis berdasarkan pemerhatian MMI sepanjang isu fitnah terhadap 1MDB dilakukan.

Pertamanya Tan Seng Giaw konsisten terhadap keputusannya bahawa Najib Razak tidak terlibat sama sekali dalam apa yang dimomokkan sebagai skandal 1MDB.

Keputusan ini kekal sehinggalah beliau dinafikan haknya dalam DAP sendiri !

So bayangkan beliau masih lagi DAP dan tidak berubah ke mana-mana parti politik namun berpegang kepada prinsip perundangan, selagi tuduhan yang dibuat tidak dibuktikan dengan bukti-bukti berasaskan kepada undang-undang keputusan wakil pembangkang dalam Jawatankuasa PAC ini kekal menolak tuduhan sebarang sabitan dengan Najib Razak.

Sebab itu MMI kata dalam soal ini rasanya Tan Seng Giaw lebih suci dari kalangan mereka yang sekapal dengan beliau.

MMI 
Mahkamah putuskan tiada bukti 1MDB rugi US$3.657 bilion, tiada salah laku
KUALA LUMPUR, 9 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tiada bukti yang menunjukkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menanggung kerugian berjumlah US$3.657 bilion dan tiada bukti dakwaan berlakunya salah laku oleh anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad juga berkata Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan sebelum ini turut menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam skandal membabitkan isu 1MDB.
Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan 13 anggota Lembaga Pengarah 1MDB serta dua lagi untuk membatalkan saman bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor terhadap 16 defendan itu berhubung kerugian dialami 1MDB berjumlah US$3.657 bilion.
Nik Hasmat juga mendapati Mohamad Ezam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk memfailkan saman itu.
Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah mendapati Mohamad Ezam mengakui di dalam afidavit balasannya bahawa beliau bukan anggota Lembaga Pengarah, pemegang saham dan tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalam 1MDB.
"Tindakan saman yang difailkan plaintif berasaskan 'bare averment'. Saya juga terfikir-fikir adakah tindakan saman itu dicetuskan berdasarkan komitmen plaintif kononnya beliau mewakili pembayar cukai di negara ini atau hanya dibayangi dengan niat tersembunyi bagi perkembangan politiknya," kata hakim itu.
Katanya mahkamah juga mendapati tiada kausa tindakan munasabah dalam tuntutan saman plaintif dan saman berkenaan juga adalah remeh dan menyusahkan serta menyalah guna proses mahkamah.
"Oleh itu, mahkamah membatalkan saman difailkan plaintif terhadap kesemua defendan dan memerintahkan plaintif membayar kos berjumlah RM63,000 kepada kesemua defendan," katanya.
Najib memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pada 12 Julai 2017, atas alasan Mohamad Ezam, selaku presiden Parti Bebas Rasuah tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan tuntutan tersebut.
Selain Najib selaku defendan pertama, turut memfailkan permohonan bagi membatalkan saman ialah 13 anggota Lembaga Pengarah 1MDB iaitu Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah; Datuk Kamal Mohd Ali; Datuk Norazman Ayob; Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin; Tan Sri Ismee Ismail; Tan Sri Ong Gim Huat dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi selaku defendan kedua hingga kelapan.
Selain itu, Ashvin Jethanand Valiram; K. Arul Kanda; Mohd Hazem Abd Rahman @Mohamed; Datuk Mohd Bakke Salleh; Tan Sri Azlan Mohd Zainol; Datuk Tengku Rahimah Puteri Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai defendan kesembilan hingga ke-14.
Syarikat 1MDB dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ke-15 dan ke-16 turut memfailkan permohonan bagi membatalkan saman difailkan Mohamad Ezam, pada 14 April 2017.
Dalam pernyataan tuntutan, Mohamad Ezam, selaku plaintif, mendakwa syarikat 1MDB telah meminjam sejumlah US$6.5 bilion dengan bantuan Goldman Sach International Ltd yang sewajarnya dimasukkan ke akaun syarikat berkenaan.
Namun, beliau mendakwa kesemua defendan bertindak secara melulu dengan menyebabkan sejumlah US$3.657 bilion dibayar kepada pihak yang tidak berhak hingga menyebabkan kerugian kepada syarikat 1MDB.
Oleh itu, plaintif menuntut kesemua defendan menanggung kerugian syarikat 1MDB dengan bayaran sejumlah US$3.657 bilion kepada syarikat berkenaan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam Farez Jinnah mewakili Mohamad Ezam, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili perdana menteri dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsol Bolhassan bertindak bagi pihak kerajaan manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan mewakili 1MDB dan sebahagian daripada 13 anggota lembaga pengarahnya. - Bernama

Wednesday, 11 April 2018

Hanya Kerajaan DAP Pulau Pinang Semuanya Yang Pertama


1.Negeri pertama dimana Ketua Menterinya disabitkan 2 tuduhan rasuah tetapi masih enggan meletak jawatan.

2. Bendahari Kehormat DAP yang pertama untuk menghadiri debat terbuka dibawah parlimennya dalam negeri yang mana beliau ialah Ketua Menteri walaupun telah dituduh terlinat dalam skandal RM 20.5 bilion.

3. Negeri pertama dengan tidak segan silunya menerima segala pujian atas pengurangan hutang 90% walaupun mengetahui bahawa Kerajaan Persekutuanlah yang mengambil alih aset kerajaan negeri dan menukarkan ia kepada bentuk pajakan selama 45 tahun secara tahunan dimana negeri menerima hasil yang sama.

4. Kerajaan negeri pertama meningkatkan perbelanjaan operasi sehingga 500% sepanjang 9 tahun.

5. Kerajaan negeri pertama dengan jumlah kegagalan paling tinggi dalam melaksanakan projek mega yang tidak sempat dimulakan termasuklah Terowong Pulau Pinang, PTMP, Projek Temasek BPO, Hospital Pelancongan Taman Manggis, Eco Marina dan lain-lain lagi.

6. Kerajan negeri pertama yang menipu bahawa mereka tidak pernah meluluskan sebarang projek lereng bukit dan akhirnya dibongkarkan oleh Ambiga yang menyatakan bahawa Kerajaan P.Pinang DAP telah meluluskan hampir 55 buah blok projek pembangunan berkapasiti tinggi di lereng bukit antara tahun 2008 dan 2015.

7. Kerajaan negeri pertama meluluskan projek tambakan dengan bilangan paling tinggi termasuk satu projek berkeluasan 4,500 ekar- melebihi keluasan saiz gabungan Forest City Johor dan Melaka Gateway.

8. Kerajaan negeri pertama yang dikesan melindungi sebuah kilang yang mencemarkan alam sekitar dan meningkatkan bilangan kes kanser di seluruh kawasan kampung dan akhirnya membuat permohonan maaf apabila diketahui.

9. Kerajaan DAP pertama yang membenarkan Johor dan Melaka memintas Pulau Pinang bagi pendapatan isi rumah median.

10. Kerajaan negeri pertama yang mengambil kredit kerajaan negeri sebelumnya yang mana telah merekodkan nilai pelaburan tertinggi di kalangan semua negeri dan terus merudum lalu tidak dapat menduduki tangga teratas untuk tahun ke-7 berturut-turut.

11. Negeri yang memiliki projek lebuhraya palimg mahal (PIL) berasaskan pengiraan kilometer pada nilai RM385 juta per km atau RM 7.5 bilion untuk 19.5 km-dua kali ganda lebih mahal daripada RM160 juta per km projek lebuhraya KIDEX yang didakwa DAP sebagai projek termahal Malaysia pada 2014.

12.Kerajaan negeri pertama yang menganugerahkan projek pengangkutan, yang hanya membenarkan syarikat berkenaan meneruskan projek 10 tahun dan siap sepenuhnya 15 tahun kemudian, lalu menyatakan bahawa projek berkenaan diperlukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

13. Kerajaan yang menganugerahkan projek konsesi tol berat sebelah di dunia yang mana kerajaan negeri membayar penuh kontraktor yang membina terowong tetapi masih membenarkan mereka mengutip tol selama 30 tahun.

14. Kerajaan negeri yang membayar harga paling tinggi dalam sejarah bagi perkhidmatan konsultan untuk membuat laporan kos RM 305 juta tetapi tidak ambil peduli tentang laporan yang tidak pernah siap itu.

15. Kerajaan pertama meningkatkan nilai penilaian sebanyak 13% pada 2015 dan mendakwa mereka amat prihatin dan memberi diskaun sebanyak 6% pada 2017.

16. Negeri pertama menaikkan kadar air sebanyak 4 kali dalam 10 tahun tetapi masih murah di Malaysia atas usaha yang baik oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.

17. Negeri pertama mengambil kredit bagi atas tiada catuan air sepanjang 10 tahun walaupun tiada catuan air sepanjang 20 tahun yang lepas sebelum DAP berkuasa.

18. Kerajaan negeri pertama menjual atau memperdagangkan RM 37 bilion nilai tanah negeri dan aset dan memuji diri mereka sendiri atas sebab membayar RM412 juta bayaran kebajikan sepanjang 10 tahun.

19. Kerajaan negeri yang mewujudkan lereng botak terbanyak dalam sejarah dan negeri pertama mendakwa tanah runtuh hanya berlaku di tanah rata.

20. Kerajaan negeri pertama yang melantik seorang yang hanya memiliki pengalaman dalam bolasepak untuk bermain permainan Championship Manager sebagai pengurus pasukan dan presiden persatuan bolasepak negeri – yang telah dijangka membawa pasukan ke dasar liga pada penghujung musim dan tersingkir.

Masih nakkan kerajaan negeri yang sama ?

MMI

Labels