Followers

Tuesday 7 August 2012

PAS Langau Dalam Pakatan Haprak


Sejauh mana hebatnya Pakatan Haprak hari ini ? Jika melihat kepada apa yang sedang berlaku hari ini dan pergolakan serta ketidaksefahaman parti-parti dalam Pakatan Haprak berkenaan dasar mereka sendiri cukup untuk membuktikan Pakatan Haprak bermasalah dan perlu di tolak oleh rakyat Malaysia.

Beberapa orang kenalan MMI yang dulunya merupakan penyokong tegar PAS dan PKR hari ini sudah mula angkat kaki kerana keliru dan rasa di permainkan oleh pemimpin mereka yang sering mengelirukan orang ramai termasuk pengikut sendiri.

Jika melihat kepada struktur parti dalam Pakatan Haprak hari ini pun kita sudah boleh melihat bahawa PKR dan PAS sebenarnya tunduk dan akur kepada DAPigs dalam banyak perkara.Lihat saja dalam soal debat Nasrudin bersama Fathul Bari bagaimana PAS di tekan sehinggakan Hudud tak akan lagi diperbincangkan oleh ahli-ahli PAS di semua peringkat khususnya dalam parlimen.

Kesian melihat mereka (ahli-ahli PAS) yang bertungkus lumus mengutip derma saban hari dan saban ceramah bagi mencari dana untuk memantapkan parti walaupun hari ini kutipan-kutipan tersebut banyak menampung kehadiran artis-artis dalam program PAS.


Bukan nak cakap banyak lah tapi ini hakikat yang sedang berlaku pada sekelompok manusia yang mengistiharkan diri mereka sebagai pejuang Islam paling hebat dalam abad ini siapa lagi kalau bukan PAS.

Semenjak dari dulu sehinggalah sekarang beginilah suasana dalam hampir setiap majlis yang dianjurkan oleh parti PAS lebih-lebih lagi di pentas-pentas ceramah mereka.

Kadang-kadang terfikir juga tahukah PAS bahawa sahabat mereka dalam Pakatan Haprak hari ini bukan saja tidak pernah melakukan pungutan derma sebegini malah turut menggunakan kuasa yang dimiliki dengan membantu kroni-kroni mereka sendiri.

Lihat sahaja di Selangor bagaimana kerajaan negeri menghadiahkan projek-projek PKNS kepada kroni-kroni mereka sebagai tanda kasih sayang sesama mereka.


Di saat Pakatan Haprak menjaja keseluruh negara menuduh bahawa UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan rasuah dan bersifat kronisme segalanya terjawab dengan apa yang berlaku di Selangor hari ini.


Inilah sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak yang sering menafikan apa saja kelemahan yang dilakukan oleh mereka .Bahkan kadang-kalanya rakyat lebih tahu membezakan yang mana satu betul dan mana satu menipu.Klik Sini

Kesan daripada pengaruh rakan sebaya dalam Pakatan Haprak selama ini maka tindak tanduk parti juga dilihat sudah mula punyai persamaan.Sesungguhnya perkara yang berlaku itu kadang-kadang seperti mereka menjilat ludah sendiri.


Lihat saja gambar di atas bukankah dulunya Nik Aziz dianggap sebagai pemimpin paling hebat yang tidak mengejar kemewahan duniawi ? Habis di seluruh pelusuk kampung pimpinan PAS berceramah menuduh pemimpin UMNO dan BN sebagai mereka yang bongkak dan sombong kerana memiliki kereta mewah dan besar,namun kini semuanya kembali kepada mereka.

Apakah tindakan Nik Aziz memotong kek itu merupakan satu perbuatan ikutan daripada orang-orang bukan Islam yang mengamalkan sambutan hari jadi ? Adakah dengan mewarnakan kek tersebut dengan warna hijau bererti kek boleh di potong dan majlis tersebut HALAL serta SAH boleh dijalankan ?


Apakah pemberian sumbangan yang dibuat oleh Pakatan Haprak dilihat sebagai sumbangan ikhlas ? 

Mereka pernah menuduh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional tidak ikhlas dalam pemberian sumbangan kerana meletakkan nama institusi parti mahupun kerajaan.

Melihat gambar sumbangan buah kurma di atas sahaja jelas sekali merupakan satu pemberian sumbangan yang mempunyai niat untuk memancing undi rakyat bahkan MMI labelkan sebagai sumbangan kempen pilihan raya kerana sumbangan buah kurma ini melibatkan kawasan Nibong Tebal di Pulau Pinang.

Jadi dari mana datangnya gambar Chegu Bard dalam label yang di lekatkan pada bekas buah kurma tersebut kerana beliau merupakan warga negeri Sembilan.Klik Sini

Banyak lagi kelemahan yang jelas dapat kita lihat hari ini melibatkan parti-parti dalam Pakatan Haprak dan bayangkanlah mereka-mereka ini mahu memimpin negara kita !!

Paling menyedihkan adalah PAS yang dilihat terkial-kial dalam Pakatan Haprak malah kadang kalanya kerana sikap keras kepala dan bongkak mereka PAS di anggap seperti langau.

PAS langau dalam Pakatan Haprak !! 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels