Followers

Thursday 30 April 2015

Ada Pembohongan Dalam Kempen PKR Di #PRKPermatangPauh ??

Kalau diperhatikan kempen PKR di Permatang Pauh pasti akan ada yang perasan calon Wan Azizah ni banyak berlakon.

Kejap-kejap buat-buat beli barang lah ,, pastu aksi atas motor lah , tu belum kira yang goyang-goyang kipas walaupun cuaca kat atas punya la redup !! 

Tapi biasalah sekarang ni la kena berlakon bagai sebab pengalaman sebelum ni bila menang bayang pun tak nampak...Sibuk politik !!!

Apa pun pendedahan di bawah merungkai segala-galanya dan lakonan penuh aksi itu rupa-rupanya ada agenda tersirat !

Hari ini Barisan Nasional mengumumkan Manifesto untuk PRK Permatang Pauh. Ianya merangkumi beberapa aspek untuk kesejahteraan rakyat parlimen tersebut seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan, kesejahteraan rakyat luar bandar, keselamatan dan pembangunan komuniti.Baca Sini 

Kesungguhan BN untuk menambahbaik taraf dan kesejahteraan rakyat Permatang Pauh ternyata jauh berbeza dengan PKR yang lebih menonjolkan calon wakil suami jika dibandingkan dengan wakil rakyat untuk calon BN.

Dan sekarang, jentera PKR telah mengedarkan satu buku yang bukan menceritakan niat dan usaha mereka untuk membantu rakyat Permatang Pauh tetapi tentang suami calon yang kononnya dizalimi kerana dipenjarakan.



Di antara kenyataan di dalam buku itu yang ternyata berbau pembohongan dan meragukan ialah tindakan Wan Azizah yang mengemukakan surat memohong pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agung. Kononnya tindakan itu bukan pengakuan bersalah tetapi 'dek proses mahkamah yang tidak adil'.

Kenyataan 'mahkamah tidak adil' ini adalah satu kenyataan yang sebenarnya telah menghina contempt of court sistem kehakiman negara ini. Padahal, sistem yang sama yang telah memenangkan banyak kes saman kepimpinan Pakatan Pembangkang! Nampak sangat mereka telah berbohong.

Malah kenyataan di dalam buku itu yang mendakwa kononnya Perkara 42 itu 'tidak menyatakan bahawa Pengampunan DiRaja adalah satu bentuk pengakuan bersalah' juga merupakan satu pembohongan.

Yang nyata ialah Perkara 42 ini merujuk kepada hukuman dan kesalahan yang telah dibicarakan. Yang DiPertuan Agung boleh memberi ampun terhadap hukuman yang telah dijatuhkan ke atas pesalah.

Dan hukuman itu bermaksud bahawa pesalah telah didapati bersalah oleh mahkamah dan tidak seperti yang dibohongi oleh Pakatan Pembangkang.seterusnya 

Hakikatnya ini cubaan untuk mengelirukan rakyat dan pastinya ia digunakan untuk menyemai kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

MMI

MANIFESTO BN #PRKPermatangPauh #MelakarSejarahBaru



SUHAIMI BONUS Buat Anak Muda Di Permatang Pauh #PRKPermatangPauh @RRAFIZAL


Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sering kali menjadi topik paling panas diperbincangkan banyak pihak di seluruh negara.Sama ada ianya melibatkan PRK DUN mahupun Parlimen , panasnya suasana di bumi Permatang Pauh tidak akan sama dengan mana-mana PRK lain malah ia punya keistimewaan tersendiri.

Jika di hitung dari jumlah PRK dan PRU yang pernah diadakan di sini , ini merupakan pencalonan kedua Wan Azizah menggantikan Anwar Ibrahim selepas kali pertama pada 1999.Pastinya warga Permatang Pauh amat mengenali siapa Wan Azizah , calon simpanan Anwar tatkala kedudukannya dalam politik berdepan masalah.

TANPA PREJUDIS , sebagai rakyat Pulau Pinang dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , saya melihat senario ini bukanlah sesuatu yang baik kerana rakyat khususnya warga Permatang Pauh selalu menjadi mangsa kerakusan politik pemimpin PKR.

Wan Azizah telah mencatat sejarah sebagai pemimpin yang mengabaikan rakyat di kawasan dan banyak masanya di habiskan untuk politik kepartian.Dalam masa yang sama kehadirannya di bumi Kajang jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana kedudukan dan permainan politik menjadi keutamaan mereka.

Justeru itu , sebagai orang muda saya melihat betapa pentingnya warga Permatang Pauh mengambil peluang kali ini dengan sebaik-baiknya untuk sama-sama melakukan perubahan bukan sahaja kepada lanskap politik di Permatang Pauh tetapi juga perubahan dari segi pembangunan , ekonomi dan lain-lain.

Pencalonan saudara Suhaimi Bin Haji Sabudin mewakili Barisan Nasional pada PRK kali ini benar-benar menepati hasrat dan janji kita (UMNO) untuk mengenengahkan calon terbersih malah berjiwa rakyat.

Dikenali sebagai Abang Mie oleh kebanyakkan orang-orang disini , beliau dilihat mampu merealisasikan hasrat sebahagian besar penduduk Permatang Pauh yang selama ini dipergunakan oleh PKR dan sudah tentu keupayaan serta kemampuan saudara Suhaimi jauh lebih baik daripada parti lawan.

Sebagai anak tempatan sudah pastilah beliau lebih memahami tentang permasalahan di kawasan.Manakala ruang dan akses beliau dengan kerajaan pusat semestinya memudahkan penyaluran dana serta bantuan kepada warga Permatang Pauh.

Dalam konteks anak muda pula , kehadiran saudara Suhaimi dilihat sebagai satu bonus kepada mereka.Kehendak dan keperluan orang-orang muda ini pastinya menjadi salah satu daripada perkara terpenting untuk diberikan perhatian contohnya peluang-peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan kepada anak-anak muda di Permatang Pauh melalui agensi-agensi terlibat.

Malah banyak perkara dapat direalisasikan sekiranya saudara Suhaimi Sabudin dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru.Logiknya warga Permatang Pauh harus bijak membuat pilihan dan saya percaya bahawa peluang ini merupakan yang terbaik dalam mana-mana peluang sebelum ini maka gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Saya dan seluruh jentera pemuda memberikan jaminan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO akan bekerja dengan lebih kuat membantu calon BN saudara Suhaimi Sabudin dalam kempen di Permatang Pauh kali ini.

Buat Pilihan Yang Bijak !

Rafizal Abdul Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang 

Wednesday 29 April 2015

Poster Calon BN Di SABOTAJ #PRKPermatangPauh


Entah hantu apa yang merasuk jiwa mereka hinggakan poster calon Barisan Nasional Saudara Suhaimi Sabudin di toreh sedemikian rupa.Dalam kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh kali ini , pembangkang khususnya PKR dilihat begitu terdesak sekali untuk meyakinkan pengundi supaya memilih Wan Azizah.

Sepanjang proses kempen yang bermula sebaik selesai pencalonan pada 25 April 2015 yang lalu , PKR tidak dapat menyerang keperibadian calon Barisan Nasional seperti mana yang sering mereka lakukan sebelum ini.

Malah kehadiran Saudara Suhaimi di program-program menerima sambutan yang cukup hebat daripada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Mungkin disebabkan itu maka ada dikalangan mereka yang melepaskan geram di sepanduk dan poster-poster BN yang dipasang sekitar Parlimen Permatang Pauh.


Sabotaj poster BN di Bukit Indera Muda , Penanti    

Apa pun sikap sebegini menunjukkan kepada kita betapa PKR sedang terdesak ! Kepada warga Permatang Pauh jom kita lakarkan sejarah dengan memilih Suhaimi Sabudin sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru !


Guan Eng Pandang REMEH Isu Tanah Pertanian Di Permatang Pauh #PRKPermatangPauh

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng dilihat memandang remeh hal bekalan makanan terutamanya dalam pengurusan Sawah Padi apabila meluluskan pertukaran guna tanah dari pertanian kepada bangunan atau perumahan.

Hal itu dibangkitkan oleh penduduk Kampung Permatang Ara yang runsing dengan kegiatan membeli tanah sawah milik orang kampung yang dibangunkan untuk membina rumah kediaman yang kemudiannya dijual dengan harga yang tinggi.

Keadaan tersebut menjadikan kawasan padi kampung tersebut menjadi semakin kecil dan mungkin akan pupus jika kegiatan tersebut tidak dibendung dengan segera.

 Kita hairan bagaimana proses pertukaran status tanah tersebut boleh diluluskan dan siapa yang yang bertanggungjawab meluluskannya. Jika keadaan berleluasa, ia akan menyebabkan pengeluaran beras negara semakin berkurangan dan kerajaan terpaksa mengimport beras dari luar bagi menampung kekurangan tersebut.

 Kerajaan negeri yang bertanggungjawab harus melihat perkara ini dengan serius dan memberi kerjasama kepada kerajaan pusat supaya undang-undang guna tanah dikuatkuasakan dengan telus dan tegas.

 “Di Pulau Pinang mungkin kerajaan negeri dibawah pimpinan Guan Eng tidak ambil berat tentang pengeluaran hasil pertanian padi dan beras untuk rakyat. “Mungkin dia melihat kepada perkara lain yang lebih penting seperti nak buat Cable Car dan Terowong Bawah Laut dan sebagainya dan mungkin pertanian kepada mereka bukan keutamaan,”.

Pertanian ini bukan sahaja mengenai kepentingan orang kampung dan orang miskin tetapi kepentingan semua orang dan ianya harus dipandang serius terutamanya dalam hal pengeluaran barang makanan kerana sekarang inipun kerajaan terpaksa mengimport hampir 30% dari luar Negara bagi menumpang kekurangan tersebut.

 Kerajaan mempunyai sasaran untuk meningkatkan pengeluaran bagi menjamin keselamatan makanan untuk Negara tetapi ianya perlu kerjasama dari kerajaan negeri memberi sokongan bagi memastikan kejayaan rancangan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan pusat melalui MOA.

Seeloknya kerajaan negeri dan pusat saling bekerjasama. Saya ingat kita nak bagi tahu rakyat mulakan dengan pilihanraya kecil permatang pauh.sumber 

MMI

Tuesday 28 April 2015

Bekas Adun Saran Buat Pilihan Yang BIJAK !! #PRKPermatangPauh


Datuk Arif Shah Haji Omar Shah merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Seberang Jaya selama dua penggal berturut-turut sejak 1999 sebelum memberi laluan kepada muka baru pada PRU13 yang lalu.Beliau yang kini telah bersara dari dunia politik dan menjalankan perniagaan masih lagi kekal menjadi penyokong setia kepada parti UMNO malah sentiasa mengikuti perkembangan politik Permatang Pauh.

Beliau yang sentiasa mesra dengan rakyat dan dikenali oleh masyarakat kaum cina setempat sebagai "pek moh" bermaksud "bulu putih" kerana beliau penuh dengan rambut putih turut melihat PRK Permatang Pauh kali ini sebagai peluang sekali lagi untuk warga Permatang Pauh membuat satu keputusan paling bijak dalam menentukan nasib mereka khususnya dari segi kebajikan dan pembangunan.

Lontaran pandangannya cukup lembut namun sarat dengan mesej bahawa pengundi Permatang Pauh perlu bijak membuat pilihan pada 7 Mei 2015 nanti.

                     


Calon terbaik buat warga Permatang Pauh

Media Pro Pembangkang Pun Mula TOLAK Azizah !!


Bagi sesetengah daripada mereka di luar sana mungkin menganggap pencalonan Wan Azizah sebagai calon PKR di Permatang Pauh dalam PRK kali ini sebagai sesuatu yang menguntungkan.Semuanya kerana beliau dikatakan begitu dikenali seterusnya memudahkan proses kempen PKR di Permatang Pauh.

Namun setelah 4 hari proses kempen berlangsung , apa yang dikatakan sebagai kelebihan itu menjadi sebaliknya.Ya .. memang Azizah dikenali di sini tetapi dikenali sebagai apa ??

Jom kita tinjau apa pandangan warga Permatang Pauh terhadap calon recyle dari PKR ni !!

"Anwar atau isterinya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) masa jadi wakil rakyat di sini tak pernah jenguk pakcik. Dia pun jarang turun padang dan tak tolong rakyat biasa di Permatang Pauh."

Demikian luahan perasaan Zulkifli Hamid, 79, seorang daripada antara pengundi tertua pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.

Zulkifli berkata, sejak pertama kali menjadi wakil rakyat kawasan itu pada tahun 1982, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menziarahi golongan warga emas termasuk dirinya sendiri yang tinggal di Tanah Liat di sini.

Dia menyifatkan PKR hanya mahukan undi daripada rakyat tetapi tidak pernah mempedulikan nasib golongan miskin dan warga emas di kawasan parlimen Permatang Pauh.

"Pakcik sekali pun tak pernah tak mengundi... pakcik tetap akan mengundi BN (Barisan Nasional) kerana parti itu yang banyak membantu kami di sini (Permatang Pauh)," katanya kepada Bernama di Bukit Mertajam.

Siti Nuraina Mohd Aman, 31, yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, iaitu satu daripada tiga DUN di Parlimen berkenaan, pula berpendapat Parlimen Permatang Pauh seharusnya lebih pesat dan sudah lama membangun jika pengundi memilih wakil rakyat yang berjiwa rakyat.

Pekerja di sebuah kilang di Perai ini memberi contoh Parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas iaitu jiran Permatang Pauh yang semakin membangun di bawah wakil rakyat daripada BN dan banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

"Maksudnya, wakil rakyat yang memahami masalah setempat dan memberi tumpuan serta berusaha menyelesaikannya. Tiga DUN di kawasan Permatang Pauh adalah daripada pakatan pembangkang yang ada peluang terbaik memajukan parlimen ini kerana kerajaan Pulau Pinang juga di bawah parti yang sama tetapi lihatlah apa yang ada... Penanti dan Permatang Pasir masih jauh ketinggalan," katanya.

Khairul Anas Ismail, 47, berkata sebagai pengundi di kawasan Permatang Pauh, beliau kecewa dengan wakil rakyat kerana tidak membawa pembangunan dan pembaharuan kepada penduduk di situ.

"Saya sudah tidak larat hendak berpilihan raya lagi kerana masuk kali ini sudah dekat lima kali mengundi dan balik balik dia dan keluarganya sahaja..keadaan di Permatang Pauh masih sama jugak. Kami pengundi di sini kecewa dengan prestasi wakil rakyat sebelum ini.

"Bagi golongan muda seperti saya, kami mahu wakil rakyat daripada orang muda pula untuk bela nasib kami terutama berkaitan peluang pekerjaan di sini," katanya.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Wan Azizah (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan calon Bebas Salleh Isahak.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar, anggota Parlimen kawasan itu melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

Dan lebih mengejutkan lagi ianya disiarkan oleh portal pro pembangkang !!

 


Kenapa dan apa tujuan portal terbabit berbuat demikian masih lagi kekal misteri , apa pun kepada pengundi di Permatang Pauh buatlah pilihan yang terbaik kerana kehadiran Suhaimi Sabudin mampu merubah Permatang Pauh.


Jom pilih Abang Mie !!

Pembangkang Rupanya Tak Suka Rakyat Di Bantu !! #PRKRompin

Sikap pembangkang semakin terserlah sewaktu PRK kali ini apabila satu persatu sikap bodoh sombong mereka terdedah.

Jika mendengar ucapan dan kempen mereka sudah pastilah rakyat keseluruhannya akan leka dan percaya bahawa UMNO dan Barisan Nasional cukup jahat dan tidak pernah membela rakyat.

Perangai suka menuding jari dan sering kali mencari salah orang lain seolah-olah sudah menjadi santapan harian pembangkang sehingga mereka terlupa ada santapan tersebut sebenarnya beracun yang membunuh diri sendiri.

Tanggungjawab yang diamanahkan kepada Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengarah Pilihanraya Kecil Rompin nampaknya menyesakkan nafas pembangkang.Mereka seolah-olah hilang punca dan tidak senang duduk dengan gerak kerja kempen BN selain daripada membantu rakyat.

Kerana itu maka sekali lagi nafsu harian mereka berulang ! 

Kehadiran Dato' Seri Hishammuddin memberikan bantuan kepada salah satu rumah terbakar sempena kempen di PRK Rompin cuba di alih sebagai satu tindakan berbau politik semata-mata.

Provokasi yang dilakukan oleh blogger pro pembangkang ini amat jelas dan beliau sebenarnya cuba menghasut rakyat agar melihat bantuan itu sebagai sesuatu yang wajar diistilahkan rasuah politik !

Sedang hakikatnya bantuan itu diberikan kerana pemilik rumah tersebut begitu memerlukan.

Sebagai seorang Menteri sudah semestinya kehadiran beliau ke bumi Rompin untuk mengetuai jentera kempen Barisan Nasional dan sudah semestinyalah dalam proses itu bantuan-bantuan seperti ini dilakukan.

Tidak ada isu sebenarnya kerana pembangkang juga melakukan perkara yang sama dalam mana-mana kempen pilihanraya.

Jangan kita sempitkan pemikiran kita dengan tindakan sebegini kerana niat dan tujuan bantuan itu disalurkan ada asasnya.

Untuk rekod sempena kempen PRK Rompin , Dato' Hishammuddin Tun Hussein tentunya berada di kawasan dan sudah tentulah beliau akan turun padang untuk meninjau proses kempen selain daripada terlibat dalam program-program tertentu.

Maka kehadiran Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein ke rumah penduduk terbabit merupakan perkara biasa dalam mana-mana proses PRK.

Malah bantuan yang disalurkan itu sebenarnya adalah satu keperluan yang menjadi tanggungjawab beliau selaku pemimpin untuk berusaha dan membantu.

Soal penduduk terbabit yang terpaksa menunggu lama tanpa sebarang bantuan seperti mana yang diperkatakan itu pastinya disebabkan oleh beberapa perkara.Isunya sekarang kenapa si blogger terbabit masih menyalak ?

Adakah si blogger terbabit tidak bersetuju bantuan sedemikian rupa diberikan ?

Atau marah kerana mengambil tempoh masa yang terlalu lama untuk dibantu ?

Ceritanya sekarang , Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah pun membantu walaupun beliau tidak punya sebarang kepentingan politik dalam PRK Rompin !

Dan seperkara yang harus kita faham adalah mereka (pembangkang) masih kekal dengan sikap suka menyalak tanpa sedikit pun usaha untuk mencari jalan membantu !!

Mungkin menyalak lebih mudah dari membantu agaknya !!

Baca artikel berkaitan di SINI

Update : Projek Jiwa Murni naungan Mk 3 Div menyiapkan rumah mangsa kebakaran , Yusof Bin Awang 61 tahun di Kampung Aur kini giat dilaksanakan oleh pasukan 8,9 dan 11 Skn RAJD mulai 26 April 2015 dan dijangka siap sebelum 5 Mei 2015.

Seramai 20 anggota diketuai oleh 1X Pegawai berpangkat kapten.

Menurut kenyataan pemilik rumah , beliau sangat gembira dengan bantuan yang diberikan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Pertahanan , Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Angkatan Tentera Malaysia kerana sudi bantu menyiapkan rumahnya dan rumah tersebut dijangka siap sepenuhnya sebelum 5 Mei 2015.

MMI

Monday 27 April 2015

#PRKPermatangPauh Bukan Cerita Mr Bean !!

Kepada sesiapa yang pernah menonton siri komedi Mr Bean pasti masih ingat diawal rancangan tersebut akan diperlihatkan kepada penonton bagaimana secara tiba-tiba seorang lelaki akan jatuh dari langit diiringi dengan satu cahaya terang.

Secara simboliknya ia mahu menceritakan si lelaki itu bukanlah manusia dan beliau terpaksa meneruskan hidup di satu tempat asing.

Kerana itu kehidupannya tidak seperti manusia-manusia lain dan kerana perbezaan itulah ia mengundang lawak di kalangan penonton.

Begitulah sedikit sebanyak ceritanya berdasarkan pengamatan MMI secara peribadi.

Dan kalau kita bandingkan situasi itu dengan keadaan di Permatang Pauh hari ini rasanya tidak banyak beza di antara Wan Azizah dan Mr Bean. 

Kisahnya apabila pencalonan Wan Azizah sebagai calon recycle di Kajang bukan sahaja dipertikai oleh warga Permatang Pauh tetapi juga penyokong fanatik Pakatan Pembangkang.

Di antara komen mereka :
- Satu wakil rakyat satu kawasan. Adun mahupun parlimen.
- Contoh kes di atas. Kelayakan dan kredibliti DSWA layak dipertikaikan.
- Bukan secara individu bahkan wakil rakyat yang mempunyai 2 kerusi memang layak dipertikaikan kredibliti mereka.
- Tak mampu jaga Kajang sibuk nak jaga Permatang Pauh. - Legasi, menafikan hak DAP menjawat jawatan ketua pembangkang dan akan mengantikan peranan Anwar di parlimen. 3 dari 7 alasan yang diberi.
- 4 alasan yang lain, tiada satu pun yang menyebut tentang rakyat. Tiada. - Dan itulah parti politik dan wajah sebenar wakil rakyat, jika kau mahu tahu.
Di Kajang sendiri terdapat permasalahan rakyat yang perlu perhatian Wan Azizah tetapi tidak diselesaikan. Dan sekarang, ADUN Kajang ini menyibuk bertanding di PRK Permatang Pauh.

Terbaru ialah keluhan rakyat Kajang yang mengadakan piket bagi membantah pembinaan pangsapuri perkhidmatan yang terletak 100 meter daripada SMK Agama Maahad Hamidiah, Kajang. Menurut laporan, bantahan ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah bukan sahaja kerana projek itu terletak berhampiran dengan sekolah tersebut tetapi projek itu melanggar Garis Panduan Piawian Perancangan Negeri Selangor. 

Malah, ibu bapa turut melahirkan rasa khuatir mereka terhadap keselamatan anak-anak mereka kerana jalan di kawasan itu sempit dan turut digunakan oleh   lori dan jentera berat untuk pembinaan tersebut.

Yang mengejutkan ialah kenyataan pihak PIBG sekolah tersebut yang turut mendedahkan bahawa kelulusan tanah bagi projek tersebut masih belum dimuktamadkan oleh pihak yang bertanggungjawab tetapi pemaju sudah memulakan kerja-kerja pembinaan! Baca Sini

Persoalannya sekarang, di manakah Wan Azizah, ADUN Kajang, Selangor?

Kenapa beliau tidak berada di kawasan beliau dan membantu rintihan rakyat Kajang yang tersepit dengan permasalahan yang turut melibatkan keselamatan  anak-anak, ibu dan bapa?

Rakyat parlimen Permatang Pauh perlukan wakil rakyat yang fokus dan sentiasa bersama mereka. Bukannya, individu yang kawasan DUN sendiri mempunyai masaalah rakyat. 

Logiknya, Wan Azizah tidak mungkin dapat fokus dan bekerja sepenuh masa di Permatang Pauh jika dibandingkan dengan Suhaimi Sabudin, calon BN yang bukan sahaja anak tempatan parlimen tersebut tetapi sudah terbukti sentiasa berkhidmat untuk rakyat Permatang Pauh sebelum ini.

PRK ini bukan untuk mencari wakil rakyat yang berjuang untuk satu individu atau hadir masa kenduri sahaja tetapi untuk berkhidmat kepada rakyat dan bersama-sama mereka, sama ada masa susah dan juga senang. sumber Dr MiM 


So warga Permatang Pauh INGAT !! Ini bukan cerita Mr Bean , satu rekayasa yang menghiburkan orang ramai tetapi cerita tentang memilih seorang pemimpin yang boleh membantu dan membela rakyat.

MMI

PAS Kubang Semang Tolak Keputusan PAS Kawasan #Permatang Pauh ?? #PRKPermatangPauh

Kalau berdasarkan kepada poster sebelah pastinya tindakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendapat sokongan jitu dari seluruh ahli PAS khususnya di kawasan Kubang Semang.

Dan pastinya keputusan PAS Kawasan Permatang Pauh yang bersetuju untuk menggerakkan jenteranya bagi membantu kempen PKR adalah satu tindakan KIANAT ! 

Kenapa ? Sebab keputusan PAS Kawasan Permatang Pauh untuk membantu PKR secara tidak langsung adalah satu PERSETUJUAN atau BERSETUJU dengan pendirian PKR yang masih main tarik tali atau menolak hudud yang dibawa oleh PAS hari ini.

Makanya PAS Kubang Semang wajib untuk bersama-sama dengan pendirian Pemuda PAS Pulau Pinang menghentikan segala bentuk gerak kerja membantu kempen PKR !

Ini soal menghina Presiden Hadi Awang bro !! Kalau dah kata sokong maka kena buktikan !

Soalnya sejauh mana ? Setakat di papan tanda sahaja ker ?

Sehingga petang ini sudah ada pihak yang mula melabel dan tak kurang juga yang cuba menjadi orang tengah , mungkin untuk meredakan keadaan agaknya.

Sekali lagi cerita orang tengah !!


Antara ayat skema .. semua tu adalah pendirian peribadi , apa pun peribadi ! Peribadi apa kalau satu negeri punya pemuda PAS tak nak bekerja gang ? Baca Sini 

Tak cukup dengan tu kat bawah ni lagi teruk !!


Dia ni siap anggap puak Yusni Mat Piah sebagai PENGKIANAT ! Baca Sini .. Dalam bab ni agak-agak korang siapa yang pengkianat ? 

Ada lagi beb .. diedarkan pula SMS kepada ahli-ahli PAS di Permatang Pauh menyatakan kemenangan PKR lebih PENTING dari HUDUD !! Lepas tu tuduh UMNO yang sebarkan .. Apa punya game !!


So apa yang MMI nak pesan , apa jua yang berlaku selepas ini kena hati-hati sebab PAS sekarang bukan macam dulu dah ! Sekarang dah pandai sebab tu maruah sendiri pun puak ni sanggup gadai !!

Baca artikel berkaitan di SINI

MMI

Undi Anak Muda PAS Tak Berharga Di #PRKPermatangPauh @jeffrisalim


Keputusan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk terus memboikot kempen PKR di Permatang Pauh mula menjadi perhatian banyak pihak.Sebagai salah satu sayap parti yang sepatutnya menjadi tulang belakang kepada jentera kempen Pakatan Rakyat , tindakan memboikot itu dilihat sebagai tindak balas pemuda PAS terhadap sikap PKR yang terlalu sombong dan angkuh sehingga bertindak sewenang-wenangnya menghina pemimpin tertinggi parti tersebut.

Namun sejauh mana tindakan itu mampu memberi kesan kepada PKR ?

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung merangkap EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Jeffri Salim melahirkan rasa simpati terhadap Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang  kerana  telah diperlekehkan dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh oleh pimpinan dalam PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Kita tahu bahawa hudud menjadi isu paling panas dan diperbincangkan banyak pihak apabila kerajaan negeri Kelantan dengan sokongan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang sudah menyatakan pendirian mereka untuk meneruskan cadangan tersebut.

Antara yang paling lantang menentang hasrat PAS itu adalah rakan sekutunya sendiri DAP dan turut mendapat sokongan PKR.Akibat daripada perbezaan pendapat dan ideologi politik dalam Pakatan Rakyat akhirnya suara anak muda PAS langsung tidak dipedulikan.

Desakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang supaya AMK Pulau Pinang membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum 25 April 2015 berikutan tindakan menghina dan memfitnah presiden PAS langsung tidak dilayan.

Malahan  Datuk Saifuddin Nasution selaku Pengarah Pilihan Raya PKR sendiri mengesahkan PKR tidak akan melayan desakan atau ugutan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk memboikot kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Secara jujurnya tindakan PKR ini memperlihatkan  sikap mereka yang sebenar , mementingkan diri dan hanya mengambil kesempatan terhadap PAS apabila keadaan memerlukan.

Hakikatnya suara anak muda PAS ini langsung tidak berharga malah tidak punya nilai bagi PKR walaupun selama ini PAS lah yang banyak membantu PKR dan Pakatan Rakyat.Rasionalnya mereka lebih menumpukan kepada peringkat tertinggi sedangkan anak-anak muda PAS Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh lah yang banyak melakukan kerja-kerja parti di peringkat akar umbi selama ini.

Dalam pada itu , tindakan PAS Kawasan Permatang Pauh yang telah menyatakan kesediaan untuk menggerakkan jentera mereka membantu kempen PKR bolehlah diistilahkan sebagai satu pengkianatan pucuk pimpinan PAS terhadap Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan anak-anak muda PAS di bawah kepimpinan saudara Yusni Mat Piah.

Agak menghairankan dalam situasi sepenting ini , PAS lebih memilih untuk bersahabat dengan PKR yang secara jelas menolak hasrat parti itu untuk melaksanakan undang-undang hudud malah bertindak lebih jauh dari itu dengan menghina dan memfitnah Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Kepada Pemuda PAS Pulau Pinang , beliau melahirkan rasa simpati dengan apa yang berlaku dan sudah pastilah kita ingin mengingatkan mereka supaya segera sedar dan bangkit dari lamunan politik yang tidak menguntungkan PAS mahupun umat Islam keseluruhannya.

Sedarlah dan segera berubah agar matlamat untuk memperkukuhkan ummah dapat direalisasikan.

Dato' Jeffri Salim
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Pemuda PAS P.Pinang TEGAS BERANI Tetapi LEMBIK !! #PRKPermatangPauh

Jelas dan nyata bahawa PRK Permatang Pauh menjadi bukti kepada seluruh rakyat Malaysia betapa PAS bukan sahaja gagal mendidik ahlinya untuk kekal istiqamah terhadap kepimpinan parti tetapi menjadi mangsa belasahan politik parti-parti dalam Pakatan Haprak.

Kesannya bukan sahaja memecah-belahkan sesama umat tetapi sampai ke tahap meracuni pemikiran ahli sendiri.

Akibatnya bumi Permatang Pauh membongkar sikap jijik sebahagian daripada ahli PAS yang kini sedang berdepan dengan tsunami prinsip dan pendirian.

Semua pihak sedia maklum PAS Permatang Pauh sudah pun membuat keputusan untuk meneruskan sokongan mereka terhadap kempen PKR yang dilihat begitu terdesak untuk memastikan calon recyle Wan Azizah menang pada 7 Mei 2015 nanti.

Malah sikap suka menghalalkan cara yang menjadi trademark mereka selama ini diulang pakai semata-mata kerana kehendak politik yang terlalu obses kepada kedudukan politik sehingga mengenepikan asas perjuangan sendiri.

Jika sebelum ini kita mendengar suara mereka begitu tegas untuk memboikot PRK Permatang Pauh kerana isu hudud kini segalanya longlai hanya dengan satu perjumpaan tanpa sekelumit pun bunyi memohon maaf.Baca Sini 

Apa sudah jadi PAS ?

Apa pun MMI bersyukur kerana disinilah segala-galanya terdedah !

Pendirian Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk merehatkan semua jentera pemudanya dalam kempen di Permatang Pauh merupakan bukti nyata betapa nafas PAS amat busuk sekali.
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.
TAMAT TEMPOH PERMOHONAN MAAF AMK
Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.
DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.
Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.
Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.
DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.
Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015
Bau yang terhambur dari kata-kata itu menjadi amat busuk kerana ia telah mendedahkan kepada kita betapa dalam misi sebesar ini pun (Prinsip & Pendirian Hudud) masih ada dikalangan mereka yang belot dan meninggalkan janji dan taat setia kepada parti.

Hakikatnya pendirian Dewan Pemuda PAS yang dilihat tegas dan berani itu tidak akan ke mana kerana gegarannya hanya dipandang sebelah mata oleh pimpinan dalam Pakatan Haprak khususnya PKR.

Suara tegas dan berani itu akhirnya lembik apabila Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang diKHIANATI secara TOTAL oleh sebahagian besar kepimpinan PAS di kawasan Permatang Pauh.

Ya .. Mungkin akan berlaku sedikit masalah di beberapa sudut NAMUN secara tersuratnya keputusan Omar Hassan untuk kembali menggerakkan jentera PAS bagi membantu kempen PKR adalah sesuatu yang telah memakan diri PAS itu sendiri.

Taraf pencacai akan terus sebati dengan mereka manakala pimpinan PKR dan DAP akan terus mengalunkan lagu dengan nada yang sama kerana mereka tahu PAS kini sedang berdepan dengan ombak besar dan mereka akan mencapai apa sahaja yang terhidang didepan mata asalkan nasib dan nyawa mereka selamat.

Siapa kata ketegasan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akan menggugat perancangan Pakatan Haprak di bumi Permatang Pauh ?



Kalau ada sekalipun pasukan simpanan kini sudah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan !! 

Bilik Gerakan PASMA di Permatang Pauh

INGAT ! Dewan Pemuda PAS kata jenteranya DIREHATKAN so tak mustahil lepas ni back to field !!

Kenapa ? Tak percaya ?

MMI

Sunday 26 April 2015

TERKINI PAS HALALKAN Kerjasama Dengan PR Di #PRKPermatangPauh

Rentak dan suara PAS Permatang Pauh nampaknya semakin mengelirukan apabila keinginan untuk terus tidur sebantal begitu mendesak.

Barangkali kerana terlalu lama diperlekeh dan menjadi habuan maki seranah DAP dan PKR dalam Pakatan Haprak menyebabkan kehendak politik mengatasi pendirian serta prinsip perjuangan PAS selama ini.

PAS Permatang Pauh sebelum ini yang dilihat begitu lantang dengan amaran dan kata dua supaya PKR memohon maaf kepada Hadi Awang nampaknya lunyai tanpa sepatah pun perkataan maaf daripada PKR.

Anehnya kemana perginya suara akar umbi PAS seperti mana yang dimomokkan oleh Omar Hassan selaku YDP Kawasan Permatang Pauh sebelum ini bahawa Pas kawasan menuntut Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka mengenai hudud jika mahu mendapatkan sokongan Pas pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Antara ungkapan Omar Hassan sebelum ini adalah Pas hanya akan meneruskan kerjasama jika PKR memohon maaf secara terbuka sebelum penamaan calon pada 25 April dan pendirian itu adalah keputusan ahli-ahli akar umbi dalam mesyuarat agung Pas kawasan Permatang Pauh.

Berdasarkan kenyataan itu jelas ianya bukan satu keputusan yang melibatkan 2 3 individu tetapi seluruh ahli PAS dalam kawasan Permatang Pauh.

Persoalannya dimana pendirian PAS Permatang Pauh apabila secara tiba-tiba membuat u-turn untuk terus menggerakkan jenteranya bagi membantu kempen PKR ?

Tanpa sebarang permohonan maaf dan hanya dengan satu perjumpaan sahaja Omar Hassan bersetuju untuk menggerakkan jentera PAS di Permatang Pauh dan menganggap semua yang berlaku sebagai selesai.

Malah Omar Hassan turut menganggap ramai dikalangan ahli PAS tidak faham dengan maksud Wan Azizah tentang hudud.Baca Sini 

Wan Azizah lebih bijak dari Hadi Awang dalam hal hudud ?

Dalam masa yang sama kecoh dan sedang viral di media sosial hari ini apabila Omar Hassan didedahkan sebagai salah seorang Ahli Majlis MPSP dan timbul pertanyaan adakah keterlibatan beliau sebagai Ahli Majlis itu ada kena mengena dengan keputusan yang dibuat ?



Apakah berlaku sesuatu dalam perjumpaan yang diusahakan oleh orang tengah itu ? 

Aneh bukan ? Mana perginya maruah PAS Permatang Pauh dalam mempertahankan dasar parti dan kedudukan serta maruah Hadi Awang selaku Presiden ?


Bayangkan semua ini berlaku disaat ada pihak khususnya dari PAS sendiri yang menolak Wan Azizah dan ada fatwa dari kalangan PAS sendiri bahawa haram mengundi calon tolak hudud !

Apa pun Hadi Awang selaku Presiden parti dan Majlis Syura PAS WAJIB mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab segala persoalan diatas !

MMI

Wednesday 22 April 2015

Kenapa Mat Sabu MURAM Sewaktu Penamaan Calon Di ROMPIN ??


Ramai dikalangan teman-teman MMI hari ni bagitau sejak pagi tadi Mat Sabu ni monyok jer , tak serupa biasa-biasa lagaknya.Selalunya dia ni terkenal dengan mulut mucungnya tu dan aksi senyum suka makan babi dengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib.Hmm kena tulis bagi habis takut nanti orang spin pula ayat babi ayam tu.

Apa pun soalan terbabit begitu sukar untuk MMI jawab , cuma boleh agak-agaklah mungkin sebab perang besar di Permatang Pauh agaknya.Maklumlah PAS kat sana kononya dah tak mau tolong kempen.Boleh jadi la kan !!

Untuk tidak menghampakan teman tadi , MMI pun cuba-cuba cari la juga apa kes sebenaqnya dan terjumpa gambar lagi satu yang lebih kurang.Tapi bila di tengok balik hrmm macam ok jer !!!


Apalah korang ni buat cita bukan-bukan !! Tu ok jer .. tak da hal pun !!

MMI

Tuesday 21 April 2015

BARUA-BARUA Dalam PAS Makin PANAS ??

Apa benar yang MMI dengar petang tadi ? Katanya barua-barua dalam PAS kini semakin tidak senang duduk dan mula terasa panas apabila PAS Permatang Pauh membuat ketetapan (walaupun MMI masih sangsi) untuk tidak membantu kempen PKR selagi mana mereka tidak memohon maaf kepada Hadi Awang.

Isu barua ni memang dah disebut sebelum ni dan untuk rekod bukan MMI yang sebut tapi Nik Abduh sendiri yang kata.Tengok gambar sebelah!

Malah kalau semua masih ingat , Hadi Awang sendiri pun pernah menyebut perkara yang sama sewaktu kempen PRK Pengkalan Kubor sebelum ini.

Ianya berkisar kepada isu Menteri Besar Selangor sehinggakan Hadi di cabar untuk membuktikan kata-katanya oleh orang sendiri.Baca Sini 

Macam-macam kan ? Nah kini perkara yang hampir sama berlaku lagi , cumanya ia agak berlainan sedikit.seorang pemimpin PAS dari Selangor hari ini menyatakan bahawa PAS selepas muktamar tahun ini akan berubah wajah dan menjadi lebih ekstrem seterusnya lari daripada prinsip dan dasar yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Haprak.

Kononnya PAS ini tidak bijak dan langsung tak mau berkawan !!! Ish sampai macam tu ka ??

Jom kita tengok apa kata Khalid Samad ...

Sikap yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah wajah baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti, kata Khalid Samad.

“Inilah wajah baharu PAS dalam konteks hubungan dengan Pakatan Rakyat jika kumpulan baharu dipilih sebagai Jawatankuasa PAS Pusat dalam muktamar PAS ke 61 Jun nanti.

“Merekalah yang akan menggantikan wajah-wajah seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa dan pimpinan lain yang digelar ‘Jebon’ dan ‘Parasit’,” kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Pemuda Pulau Pinang pimpinan Yusni Mat Piah dan kawasan Permatang Pauh pimpinan Omar Osman mengambil sikap tidak memberikan kerjasama kepada PKR dalam menghadapi PRK akan datang, walaupun PAS Pusat memutuskan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PKR di situ.

Sokongan kepada PKR untuk memilih calon mereka dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberi kata dua sehingga hari penamaan calon, 25 April supaya PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu enakmen jenayah syariah Kelantan.

“Jika bersetuju, kami PAS kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini.

“Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAS kawasan itu.

Kenyataan dikeluarkan Yusni sebelum ini juga menuntut PKR memohon maaf mengenainya.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Permatang Pauh, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata sokongan kepada calon PKR dalam PRK ini adalah tanpa syarat.

Bagi Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam, apa yang berlaku di Permatang Pauh juga akan berlaku di peringkat pusat jika “wajah-wajah baharu PAS” ini mengambil alih parti Islam itu di peringkat pusat.

“Saya yakin inilah sikap yang akan diambil oleh orang-orang yang selama ini memburuk-burukkan kami sebagai liberal, Anwarinas dan berwala’ pada Pakatan Rakyat (PR) jika mereka terpilih dalam muktamar PAS nanti sebagai AJK PAS Pusat,” kata Khalid.

“Sikap mereka keras dan tidak berhemah. Tiada unsur ingin berkawan dan tiada kebijaksanaan berpolitik. PAS akan kembali bersendirian, terpinggir dari politik arus perdana,” kata Khalid yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987.

Bagi Khalid, sikap ditunjukkan PAS Permatang Pauh dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah wajah “ekstrem” yang mula wujud selepas muktamar pada 2011 lalu.

“Ia tanpa sifat keterbukaan dan menggunakan pendekatan paksa dan ugut,” kata Khalid dan menambah, “Ianya PAS Ekstrem”.

Beliau mempersoalkan sama ada pendekatan itu membolehkan PR terus wujud.

“Bolehkah PR survive dengan dipilihnya PAS Ekstrem? Cakap lain buat lain? Nak PR tetapi asyik gaduh? Syadid,” kata Khalid yang turut menyebutnya melalui Twitter beliau.

Beliau berharap, semua ahli PAS dapat melihat nasib parti Islam itu nanti dengan apa yang sedang berlaku di Permatang Pauh sekarang.

“Hala tuju PAS, masa depan PAS. Permatang Pauh sebagai saksinya,” kata Khalid.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya tiga nama besar PAS dijatuhkan oleh kawasan masing-masing dalam pemilihan kali ini.

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dijatuhkan di Kampar, Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari dijatuhkan di Alor Gajah dan yang terbaharu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dijatuhkan di Kapar, Selangor sebagai yang dipertua PAS kawasan masing-masing. -malaysianinsider

Hmm betul ker apa yang Khalid Samad kata tu ??

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

Cikgu @dzaidisaid Optimis Untuk Melakar Sejarah Di Permatang Pauh !! @dzainalabidin @NajibRazak

Jika kita amati Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh hari ini , kita akan dapat merasai denyut nadi warga Permatang Pauh itu sendiri.

Datuk Mohd Zaidi Said atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zaidi merupakan seorang pemimpin yang bermula daripada bawah.

Beliau yang kini menggalas tugas sebagai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh di lihat sebagai pencetus kepada proses tranformasi yang sedang digerakkan oleh barisan kepimpinannya semenjak dipilih sebagai Ketua Bahagian.

Malah beliau yang mudah mesra dengan sesiapa jua telah memperlihatkan kesungguhannya memimpin UMNO Bahagian Permatang Pauh apabila berjaya mendekati rakyat dan dalam masa yang sama memahami realiti sebenar penduduk Permatang Pauh dan bersikap optimis dalam merangka dan merencanakan sesuatu.

Tidak mudah melatah dan bersikap tenang mendepani sesuatu isu telah meletakkan Cikgu Zaidi sebaris dengan pemimpin-pemimpin yang jauh lebih lama daripada beliau.

Bukan mengangat atau mengampu Cikgu Zaidi , hakikat ini diterjemahkan oleh beliau melalui jawapan yang dilontarkan sewaktu menjawab soalan-soalan berkaitan PRK Permatang Pauh.

UTUSAN: Sejauh manakah perse­diaan jentera UMNO menjelang PRK Parlimen Permatang Pauh?

MOHD. ZAIDI: Jentera di semua peringkat sudah cukup bersedia. Jika melihat kepada maklum balas daripada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turun padang baru-baru ini pun, mereka menilai ini pertama kali UMNO Bahagian membuat persiapan pada tahap terbaik dalam berdepan PRK. Saya sendiri pun melihat tidak banyak lagi tugas yang perlu kita laksanakan sebaliknya hanya menunggu masa untuk turun berkempen mulai 25 April ini.

Adakah UMNO Bahagian berani menjanjikan kemenangan di kerusi itu nanti?

Parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR. Jadi saya perlu mengakui sangat sukar untuk kita menang di kerusi ini. Tetapi ada beberapa faktor yang menambah serta meningkatkan keyakinan ahli-ahli UMNO bahawa kita boleh melakukan kejutan.

Ia termasuklah dari segi ge­rak kerja membantu rakyat tanpa mengira latar belakang agama atau kaum. Bantuan sama ada dalam aspek pendidikan atau kebajikan itu kita usahakan secara berterusan.

Kejayaan paling besar kita setakat ini adalah mendapatkan peruntukan sebanyak RM2.2 juta untuk membina 11 buah dewan terbuka di sekolah-sekolah sekitar Parlimen ini seperti diumumkan Muhyiddin baru-baru ini. Selain itu kita juga memberi sumba­ngan kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Parlimen ini antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap tahun. Sebelum ini, PIBG tidak pernah menerima sumbangan secara tetap daripada UMNO Bahagian.

Kita juga berjaya mendapatkan peruntukan bagi meningkatkan infrastruktur dan membantu golo­ngan miskin.

Ada yang beranggapan UMNO tidak mempunyai peluang jika PKR mencalonkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi? Apa pandangan Datuk?

Saya yakin jika PKR mencalonkan Wan Azizah sekali lagi kali ini, ia akan memberi bonus kepada UMNO. Sebab penduduk di sini sudah mengetahui tentang rekod Wan Azizah mengosongkan kerusi yang ditandinginya untuk memberi laluan kepada orang lain. Apatah lagi sekarang Wan Azizah juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang. Jadi bagaimana beliau dapat memberi tumpuan kepada permasalahan penduduk di Parlimen ini?

Apa pula yang boleh diharapkan daripada calon UMNO nanti?

Saya boleh beri jaminan semua pihak akan terkejut sebaik sahaja kita mengumumkan calon UMNO bagi kerusi ini yang dijangka pada Khamis ini. Malah, pembangkang terutama PKR pun akan terkejut dengan calon kita.

Ini kerana calon kita jauh lebih muda selari dengan proses peremajaan parti yang sedang kita lakukan. Selain itu, calon itu juga merupakan anak tempatan selain mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.

Apa kebimbangan utama UMNO menjelang PRK berkenaan?

Kebimbangan kita adalah kemampuan parti-parti komponen BN membantu menarik pengundi. Dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh terdapat kira-kira 30 peratus pengundi Cina dan India. Dari segi pengundi India, kita mempunyai keyakinan mampu menarik kira-kira 50 peratus undi mereka. Tetapi situasi agak sukar bagi pengundi Cina kerana kita memahami sentimen politik mereka. 

Sebab itu meskipun kita menyasarkan menarik 30 peratus undi masyarakat Cina, namun bagi saya angka itu juga sebenarnya agak sukar. Sebab itu kita mengharapkan parti-parti komponen BN dapat menyusun strategi yang benar-benar berkesan dalam menarik sokongan masyarakat Cina. -Utusan

MMI

Azan Di Perlekeh , Apa MOTIF Bangsat Ni ?? @PDRMsia @KBAB51


Cerita dia anak haram bernama Alvin ni makin biadap apabila sekali lagi bertindak melampau dengan menimbulkan kontroversi dengan menghina agama Islam.Alvin yang kita tahu kini berada di luar negara setelah melakukan beberapa penghinaan terhadap Islam khususnya di Malaysia sudah sampai ke tahap MELAMPAU !

Tindakannya yang terbaru mengalunkan azan dengan iringan muzik jelas mempersendakan agama Islam malah beliau cuba menyamakan Islam dengan amalan agama-agama lain di dunia.

Berdasarkan sumber , Alvin sebolehnya mahukan lagu yang dinyanyikannya itu di mainkan di setiap masjid-masjid dan tindakan ini jelas satu penghinaan.

Apa motif Alvin bertindak sedemikian jika bukan satu lagi penghinaan terhadap Islam !

Pihak yang berwajib tolong lakukan sesuatu kerana MMI bimbang akan ada pihak yang kini semakin hilang sabar akan bertindak sendiri.

Jika itu berlaku jangan pula ada mana-mana pihak yang salahkan mereka kerana Alvin jelas menghina ISLAM !!!

Noted .. MMI tak siarkan video terbabit , jika ada yang nak dengar dan tengok sendiri boleh klik pautan kat SINI 

MMI

Monday 20 April 2015

Fahamkan Betul-Betul Maksud "You Are Not Alone" Sebelum SEBAR !!

Bila ada ruang dan peluang maka berlakulah apa yang kita selalu sebut sebagai ambil kesempatan.

Tak pasti pula si penyebar tu dapat untung atau tidak tetapi hakikatnya penyebaran sebegini mampu menyebabkan orang ramai keliru hinggakan ada dikalangan mereka yang mengaku orang lama atau otai dalam politik pun turut serta.

Maklumlah kononnya sayangkan negara tetapi yang lebihnya sebab kedudukan politik dan sikap pro kepada pemimpin yang langsung tidak menguntungkan sesiapa.

Berikutan kelantangan suara Tun Mahathir yang letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia di waktu ramai pihak masih memerlukan khidmatnya , semua portal pro-pembangkang hari ini bagaikan sepakat dan bersatu hati membuat kesimpulan bahawa Muhyiddin Yassin akhirnya telah menyebelahi Dr. Mahathir dalam 'gaduh anak-beranak Mahathir-Najib' dengan tajuk, 'ANDA TIDAK KESEORANGAN'.

Seolah-olah telah mendapat peluru besar untuk menunjal dahi Najib Abdul Razak, kenyataan tersebut cuba digambarkan oleh mereka sebagai pembentukan sebuah pakatan baru untuk menggulingkan Najib Abdul Razak.

Dan seperti biasa, ramailah yang meloncat tanpa menyelidiki apa sebenarnya maksud portal-portal pro-pembangkang yang memang mengharapkan kalangan UMNO bercempera dan saling berbunuhan sesama sendiri.

Hakikatnya...

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam perjuangan menjadikan peperangan sebagai satu jenayah antarabangsa.
  
Beliau turut melahirkan sanjungan terhadap pemimpin veteran Umno tersebut yang disifatkannya berani melawan kuasa Barat.

Timbalan perdana menteri itu berkata, bekas perdana menteri itu sentiasa menyatakan pendiriannya walaupun ia tidak disenangi kuasa besar dunia.

“Bercakap tentang kebenaran dan keberanian… itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

“Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran,” kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk ‘Engaging the young to criminalise war and energise peace’ di mana Dr Mahathir merupakan pengerusinya. -sumber 

Melayu masih seronok menjatuhkan sesama Melayu !!

MMI

Kemelut DAP & PAS Makin Meruncing !!

Kalau dilihat dari kaca mata rakyat dan warga marhaen hari ini , hanya DAP sahaja yang boleh mengeluarkan apa jua keputusan dan hala tuju dalam Pakatan Haprak manakala PKR dan PAS perlu merujuk kepada dasar bersama dalam pakatan haram tersebut.

Disebabkan sikap keras kepala DAP akhirnya dasar itu memakan diri dan PAS dilihat sekali lagi menjadi mangsa kepada dasar berat sebelah tersebut.

Hari ini DAP sekali lagi menghentak kepala kepimpinan PAS apabila dengan lantang mencabar parti itu agar membuktikan kenyataan Hadi bahawa Guan Eng juga melakukan perkara yang sama apabila berunding dengan kerajaan pusat tentang jambatan kedua.Baca Sini 

Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu kemudiannya mengundang reaksi balas DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa sikap Hadi yang membuatkan semua orang dalam keadaan kabur, sedangkan ia tidak boleh diterima dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau mahu Hadi mengemukakan bukti bahawa kerajaan negeri telah berunding dengan kerajaan pusat berhubung pembinaan jambatan itu yang dirasmikan pada 2013.

"Mereka tidak pernah mahu bercakap dengan kami, berbincang atau berunding," kata Lim kepada pemberita di Bukit Mertajam hari ini.

"Ini mengarut, tolong jangan berbohong atau mengheret kami ke dalam masalah parti dan pemilihan kamu, kami tidak terlibat," kata Lim.

Hahaha Mat Sabun tu sapa Guan Eng ? Nak tutup apa lagi ?

Semalam Hadi menegaskan bahawa kerajaan Kelantan mempunyai hak untuk berunding dengan kerajaan pusat mengenai pelaksanaan Hudud dan PAS telah lama membuat perjanjian dengan DAP dan PKR beberapa tahun dahulu dalam hal berkaitan agama Islam.

"Macam Pulau Pinang berunding pasal Jambatan Kedua dengan kerajaan pusat, tak kan hal syariah Kelantan tidak boleh berunding dengan kerajaan pusat?" kata Hadi.

Lihatlah bagaimana double standardnya kerajaan DAP di Pulau Pinang , jangan sesiapa menyentuh kerajaan negeri pimpinan Guan Eng tetapi Guan Eng boleh bersuara dan menyentuh dasar pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS.

Apa hal lu Guan Eng ? Untuk makluman Hadi ,  Guan Eng sepatutnya tak layak bercakap pun dalam Pakatan Haprak sebab kedudukannya dalam parti pun masih samar.Isu pemilihan CEC DAP yang masih belum selesai tidak melayakkan anak cina Melaka ni bersuara.

MMI macam biasa masih lagi melihat dan menanti tindakan seterusnya daripada PAS apakah masih lagi mahu terus berpegang tangan atau mengambil langkah drastik humban DAP jauh-jauh !!

Kalau tengok dari suara Timbalan , nampaknya masih SETIA Klik Sini 

MMI

PRK Permatang Pauh Kepincangan & Kesongsangan Pakatan Haprak Makin Jelas !!

Proses penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh telah ditetapkan pada tarikh 25 April 2015 , maksudnya dalam tempoh masa berbaki 5 hari sahaja lagi kita akan dapat mengetahui siapa yang bakal dicalonkan oleh kedua-dua parti yang kini sedang rancak melakukan persiapan.

Dalam pada itu mungkin juga akan muncul secara tiba-tiba calon yang akan bertanding atas tiket BEBAS seperti mana yang sering berlaku dalam PRK-PRK sebelum ini.

Walaupun ada yang kata BEBAS tidak akan mampu menyaingi calon-calon daripada PKR dan BN tetapi atas dasar demokrasi siapa jua yang layak berhak untuk mencalonkan diri.

Namun bukan isu BEBAS yang mahu MMI utarakan di artikel ini sebaliknya sejauh mana pengundi dan rakyat khususnya di Permatang Pauh telah dimomokkan oleh Pakatan Haprak semenjak kerusi parlimen tersebut diistiharkan kosong oleh SPR.

Secara sedar atau tidak , pelbagai sentimen dan propaganda PKR kini sudah pun berlegar-legar dan hinggap di minda penduduk Permatang Pauh.Secara umumnya semua pihak sedia maklum Jijah yang masih mengekalkan misteri jam Omeganya sudah pun mula berkempen dengan ditemani kipas kesayangannya.

Melihat jadualnya sahaja sudah cukup untuk kita tahu betapa bersungguh-sungguhnya Presiden PKR ini berkempen untuk memenangi hati pengundi untuk terus memberikan sokongan kepada beliau.

Ada yang tanya kenapa Jijah macam kalut sangat untuk berempen kali ni ? Bukankah Permatang Pauh tu kubu kuat depa ?

Hmm bagus juga soalan ni ! Cerita dia Jijah dan pasukannya sendiri pun tak senang duduk sebab track rekod Jijah di Permatang Pauh bukannya elok sangat pun.

Sebelum ni pernah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen semata-mata untuk memberikan ruang kepada Anwar berada di Dewan Rakyat.Tak cukup dengan tu Jijah sendiri tau selama keluarga Anwar mengeksploitasi undi warga Permatang Pauh , usaha dan kerja buat bagi membantu rakyat di kawasan sendiri bolehlah diibaratkan sebagai melepaskan batuk di tangga.

Sebahagian besarnya mereka lebih sibuk berpolitik dan menghabiskan masa di luar kawasan !

Kini kelibat anak beranak ini muncul lagi , dan mereka sedang berusaha dengan pelbagai cara termasuklah menagih simpati kononnya untuk solidariti Anwar.

Namun disebalik semua itu , ada lagi perkara yang benar-benar menyenakkan perut Jijah dan seluruh pasukannya.Mereka tahu tanpa sokongan PAS , PRK Permatang Pauh boleh mencatat sejarah sebagai titik permulaan kejatuhan Parti Keadilan Rakyat !

Semuanya kerana sikap keras kepala dan berlagak pandai malah mungkin sombong selama ini telah menyebabkan PAS kini memberikan kata dua !

Mohon maaf kepada Hadi Awang atau berdepan boikot daripada jentera PAS ! Ini merupakan kenyataan awal daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Mohd Yusni Mat Piah.So isunya sejauh mana PKR mampu menangani tuntutan ini ?

Walaupun secara jujurnya MMI tidak melihat ini sebagai satu daripada desakan dan pendirian yang benar-benar lahir dari jiwa PAS itu sendiri ( Baca SINI ) namun ianya tetap perlu diberikan perhatian serius oleh Jijah dan seluruh angkatan PKRnya.

Kemudiannya Pas kawasan Permatang Pauh turut menuntut Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka mengenai hudud jika mahu mendapatkan sokongan Pas pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu pada 7 Mei ini.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, Pas hanya akan meneruskan kerjasama jika PKR memohon maaf secara terbuka sebelum penamaan calon pada 25 April dan pendirian itu adalah keputusan ahli-ahli akar umbi dalam mesyuarat agung Pas kawasan Permatang Pauh semalam.

Desakan ini berlaku kerana Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali telah menyifatkan hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui pakatan pembangkang.

Tak cukup dengan itu PAS kawasan turut menolak Jijah dan anak beranaknya sebagai calon di Permatang Pauh !

Marah sungguh puak-puak PAS ni ! Apa pun MMI nak ingatkan sejarah sudah tercatat bahawa PAS tidak punya pendirian dan mereka sering kali akan dirasuk dengan rasa DENDAM yang amat sangat terhadap UMNO.

Kerana itu kita sering kali melihat PAS lebih suka memilih untuk menjilat kembali ludah mereka !

Seperkara yang mahu MMI tegaskan disini adalah persoalan tentang sejauh mana PAS benar-benar mampu untuk bertahan dengan pendirian yang mereka sendiri lakukan ?

Apakah hanya dengan satu permohonan maaf daripada PKR maka PAS akan terus melupakan apa yang telah berlaku dan turun membantu jentera PKR bersungguh-sungguh ?

Atau mempercayai nada PKR tentang dasar Hudud dalam Pakatan Haprak selepas ini walaupun ianya secara tepat dilihat sebagai gula-gula untuk PRK Permatang Pauh ?

Dalam politik apa sahaja boleh berlaku dan tidak mustahil PKR boleh bersetuju dengan beberapa dasar tentang hudud semata-mata untuk menutup mulut PAS dalam PRK Permatang Pauh.

Jangan sesekali lupa bahawa dibelakang sekali ada DAP yang sedang memerhatikan dengan penuh minat dan akan tampil mempertahankan dasar mereka setelah PRK Permatang Pauh selesai nanti.

MMI yakin keputusannya hudud bukan dasar dalam Pakatan Haprak dan PAS sekali lagi akan dihalau macam anjing dari Pakatan Haprak !!

Hakikatnya jawapan kepada kemelut ini sudah pun terjawab apabila Mat Sabu yang ramai tahu proksi DAP dalam PAS menyatakan parti itu tidak memboikot PKR dalam kempen di Permatang Pauh !

Selaku Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang , Mat Sabu setelah lama tidur berkata Pas Pulau Pinang bersetuju dan menyokong sesiapa sahaja calon PKR yang bakal bertanding pada PRK Permatang Pauh.

Mat Sabu berkata, ketetapan itu dibuat bagi membolehkan PR terus menguasai kerusi Parlimen Permatang Pauh.

“Kalau ada ahli yang tidak sokong calon yang dicadangkan PKR, tidak mengapa kerana ia tidak mewakili keputusan parti.

“Akhirnya setelah keputusan dibuat, kita akan bersatu dan menyokong mana-mana calon yang dipilih PKR untuk bertanding”.

Mengulas spekulasi parti itu mungkin memboikot kempen PRK Permatang Pauh , “Itu pandangan biasa sebelum penamaan calon, tetapi kita akan terus bantu PR untuk menang PRK Permatang Pauh,” kata Mat Sabu.

Well jika kita amati kenyataan Mat Sabu dan bandingkan dengan desakan serta amaran daripada PAS di kawasan pastinya akan timbul kekeliruan.Siapa sebenarnya yang benar-benar membuat keputusan ? Apakah PAS Pulau Pinang juga kini sedang berpecah dua ?

Bayangkan disaat Jijah berang dengan tindakan PAS Permatang Pauh yang dikatakan sengaja mengambil kesempatan ke atas parti berkenaan berhubung isu pendirian terhadap pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan , Mat Sabu masih lagi tersenyum sumbing dan terus menyatakan kesetiaan kepada Pakatan Haprak !

Apakah ahli PAS di Pulau Pinang setuju dengan Mat Sabu dan langsung tidak punya maruah ?

Siapa sebenarnya yang menentukan keputusan ini ? Mat Sabu atau ahli PAS di kawasan ?

Pincang bro !!!

MMI

Labels