Followers

Thursday 14 September 2017

Manipulasi Mangsa Korban Kebakaran Tahfiz , Apa Kiblat Zainuddin Maidin ?


Sejujurnya sejak Zainuddin Maidin menerajui Kementerian Penerangan , MMI adalah sebahagian daripada kalangan akar umbi yang mengikuti rapat perkembangan politik negara berasa amat rimas dan kurang selesa dengan cara dan pendekatan yang digunakan oleh Zainuddin.

Mungkin dalam keadaan tertentu Zainuddin akan sekali lagi mendabik dada dan membuka mulut celuparnya dengan hujah-hujah berpelat ortodok kononnya mengikut bahasa kamus untuk menghentam segala pandangan MMI di blog ini nanti , maklumlah MMI bukan bekas Menteri dan tidak pernah menerajui mana-mana kementerian selain Zainuddin yang sentiasa menganggap dirinya adalah antara pemimpin terbaik yang pernah Malaysia lahirkan.

Sejauh mana kenyataan di atas tu benar-benar mencerminkan Zainuddin , MMI serahkan kepada semua untuk menilai sebab MMI awal-awal lagi dah sebut akan berasa rimas pada setiap kali Zainuddin membuka mulut.

Dalam artikel yang berkaitan dengan Zainuddin sebelum ini , MMI dah catatkan bahawa ada orang yang tak pernah dan tak suka mengaku kelemahan diri sendiri dan spesis seperti ini paling suka bila bercakap tentang orang lain dan merekalah yang paling banyak maklumat sampaikan apa yang orang lain buat semuanya salah dan WAJIB dikritik.

Jadi moralnya Zainuddin bukan baru menggila , dia dah lama menggila dengan tindak-tanduknya sampaikan pernah menggila dengan hujah di Al-Jazeera diwaktu beliau menjadi Menteri Penerangan.Baca artikel berkaitan di SINI 

Hari ini Zainuddin sekali lagi menggila dan gila kali ini rasanya sudah terlalu melampau apabila menjadikan insiden kebakaran sebuah tahfiz di Keramat sebagai bahan untuk menghentam pemimpin dan kerajaan Malaysia.



Isunya apakah kewajaran kenyataan sebegini dikeluarkan oleh seorang bekas menteri yang mengaku HEBAT ?

Apakah Zainuddin lupa bahawa insiden terbabit telah menyebabkan ramai dari kalangan ahli keluarga bersedih dengan kehilangan insan tersayang ?

Bagaimana agaknya kalau yang terkorban itu adalah dari kalangan anak mahupun saudara Zainuddin sendiri ?

Zainuddin mungkin petah berkata bahawa apa yang dihamburkan beliau bukannya berniat sembrono tetapi berdasarkan kepada pengamatannya terhadap isu dan permasalahan berbangkit namun MMI lebih yakin bahawa dalam keadaan ini Zainuddin tidak perlu bertindak sedemikian.

Sekurang-kurangnya menghormati sanak saudara dan ahli keluarga mangsa terlibat.

Untuk pengetahuan Zainuddin , kerajaan melalui kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Razak sudah pun merangka dasar pendidikan tahfiz negara (DPTN) dan semua usaha ke arah itu meliputi semua perkara termasuklah dalam soal pendaftaran di bawah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).


Kalau kita lihat dari segi dasar DPTN itu sendiri pasti jelas bahawa ia akan mencakupi semua sudut termasuklah dalam hal keselamatan kerana kerajaan sedar betapa perlunya satu "standard" diwujudkan bagi memelihara beberapa perkara yang wajib kita tangani dengan penuh berhemah.

Hasilnya maka tertubuhlah Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) dan antara perkara pokok penubuhan PINTA adalah untuk madrasah dan maahad tahfiz disatukan.

Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini berkata penubuhan Pinta amat tepat pada masanya untuk madrasah dan maahad tahfiz disatukan dan disusun saf mereka agar pelbagai program dan aktiviti mampu memperkasakan kebajikan dan pendidikan institusi tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih rapi dan menyeluruh.

Maka jelas usaha-usaha ini sudah pun digerakkan cumanya kita perlu berpijak di bumi nyata untuk merealisasikan semua hal berkaitan kerana ia memerlukan tempoh tertentu.Walaupun begitu Kementerian Pendidikan dan JAKIM sudah pun menggerakkan usaha bersama untuk menyelesaikan urusan terma dan rujukan pendaftaran sekolah tahfiz.
Kementerian Pendidikan Dan Jakim Bincang Terma Dan Rujukan Pendaftaran Sekolah Tahfiz 
PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang berhubung terma dan rujukan untuk proses pendaftaran sekolah tahfiz agar dapat diletakkan di bawah satu institusi.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara itu diputuskan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam.
"Terma dan rujukan terbabit antaranya adalah dari segi penyediaan insfrastruktur, kokurikulum dan guru," katanya pada sidang akhbar selepas Multaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di sini, hari ini.
Mahdzir sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Jamil Khir bagi membincangkan mengenai pendaftaran sekolah agama tahfiz swasta dan persendirian di seluruh negara ekoran kematian seorang pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi, minggu lepas.
Beliau berkata pegawai Kementerian Pendidikan dan Jakim akan berbincang berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat sebelum pihak yang terlibat melaksanakan proses pendaftaran sekolah tahfiz.
Apabila sekolah-sekolah tahfiz ini berdaftar, mereka seharusnya memenuhi syarat dan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Jakim dan sekiranya mereka melanggar syarat-syarat yang ditetapkan ini akan mengakibatkan pembatalan lesen mereka, katanya.
Buat masa ini, Mahdzir berkata kebanyakan sekolah tahfiz diletakkan di bawah kelolaan Majlis Islam Negeri masing-masing dengan sebahagiannya mengikuti silibus pembelajaran yang disediakan Kementerian Pendidikan. -- BERNAMA
Bagi MMI hanya mereka yang rosak mental sahaja akan bertindak sejauh itu dan apa yang dilakukan oleh Zainuddin Maidin ini samalah dengan mereka-mereka yang sejak berita kebakaran tersebut tersebar menggunakan medium media sosial untuk melempiaskan amarah mereka dengan kata-kata menghina dan menyalahkan pihak-pihak tertentu.

Sebagai manusia normal , kita seharusnya melihat dalam konteks yang lebih besar dan isu sebegini seharusnya menjadi teladan kepada semua pusat tahfiz dan madrasah khususnya untuk memberikan kerjasama dengan pihak kementerian dan agensi terlibat agar peristiwa sebegini dapat dibendung seterusnya mampu bukan sahaja menyelamatkan para pelajar tetapi juga memantapkan lagi institusi Tahfiz dan madrasah dalam negara.

Kepada Zainuddin Maidin , MMI nak ingatkan supaya tak perlulah mencari publisiti politik murahan sebegini kerana ia hanya menelanjangkan keperibadian kamu yang sebenarnya sudah tidak relevan dan banyak pihak di luar sana sedar bahawa kamu terlalu sibuk berpolitik dengan memuja dan berkiblatkan sekumpulan ahli politik dan pemimpin yang pada hari ini sedang hidup dalam kelompok songsang bersama Pakatan Haprak.

Sebagai seorang muslim kita sewajarnya mendoakan agar semua mangsa yang terkorban agar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan berusaha untuk melakukan sesuatu setidak-tidaknya menyokong usaha-usaha ke arah kebaikan bukannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang jelas bersifat KURANG AJAR dan BIADAP !

rujukan ;



No comments:

Post a Comment

Labels