Followers

Saturday 18 November 2017

Amalkan Seks Selamat Elak Masalah Sosial Kata Syed Saddiq


Apabila kita terlalu bergantung kepada logik akal maka tindakan kita selepas itu pastinya akan  mengundang persoalan.MMI tak bermaksud semua pihak kerana di Malaysia kita punya pelbagai lapisan masyarakat dan kaum dengan agama pilihan masing-masing.

Dan sepengetahuan MMI tidak ada mana-mana agama didunia yang menghalalkan sebarang perhubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah mengikut agama masing-masing.Jika ada dan kenyataan ini salah tolong perbetulkan di ruangan komen.

Maka kerana kekurangan itu akhirnya Syed Saddiq tampil dengan hujah sekularnya untuk mencari kaedah yang lebih berkesan bagi menangani permasalahan pembuangan bayi, peningkatan kes HIV dan yang seangkatan dengannya.

MMI akui permasalah sosial sebegini sudah menjadi isu paling penting kerana ia melibatkan semua pihak termasuklah mereka-mereka dari kalangan orang Melayu dan beragama Islam.

Tetapi kenapa tidak Syed Saddiq merujuk kepada soal yang lebih penting iaitu memperkasakan undang-undang syariah atau mana-mana undang-undang Islam yang kita tahu lebih menitik beratkan soal iman, akidah dan lain-lainnya ?

Syed Saddiq sebenarnya terlupa bahawa disebalik semua keadaan itu, orang Islam khususnya dari kalangan pimpinan kita sudah pun berusaha untuk merealisasikan RUU355.

Rang undang-undang yang telah mendapat tentangan yang begitu hebat sekali daripada banyak pihak khususnya oleh mereka-mereka di sebelah pembangkang termasuklah dari sahabat-sahabat politik Syed Saddiq sendiri !

Isu ini (memperkaskan undang-undang syariah) tidak dibangkitkan oleh Syed Saddiq dan beliau lebih menumpukan kepada soal amalan hidup seluruh masyarakat Malaysia.

MMI tak nafikan bahawa permasalahan yang dibangkitkan itu turut melibatkan kaum-kaum lain namun kalau kita perhatikan kumpulan-kumpulan ini sebenarnya bebas untuk bersekedudukan dan ada diantara mereka yang mengamalkan kehidupan seperti mana yang diamalkan oleh masyarakat di negara-negara luar.

Dan kalau ada sekalipun, kumpulan ini amat berbeza dengan masyarakat Melayu kerana masyarakat Melayu dan Islam terikat dengan agama Islam yang melarang sama sekali perlakuan seks bebas atau zina.

Justeru itu apa jua istilah atau kaedah yang mahu digunapakai oleh mana-mana pihak sekalipun, ianya perlulah melihat dalam konteks Islam itu sendiri kerana Islam jelas menolak sebarang perlakuan zina dan tidak ada jalan pintas untuk menghalalkan perbuatan itu waima dengan menjadikan ajaran seks selamat sekalipun.

Ustaz Datuk Dr Fathul Bari dalam kenyataannya menyebut Islam mengajar umatnya untuk memahami keutamaan atau Al Aulawiyyat didalam meletakkan sesebuah hukum.

Ujarnya, kempen memakai kondom bagi mengelak daripada mengandung anak luar nikah lantas menyumbang kepada kes pembuangan anak tidak sepenting kempen menghalang daripada zina.

“Kalau tiada zina, maka tiadalah hamil anak luar nikah, tiada buang anak, tiada jangkitan kuman. Jadi, nak kempen yang mana dulu? nak kempen Kondom atau atau Kempen Tolak Zina?

“Islam ajar Fiqh Al Aulawiyyat (mamahami ketuamaan). Jika tak faham, tanya ya. Tq,” tweet Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri itu.

“Kenyataan Syed (Saddiq) menggambarkan promosi berzina dalam bahasa yang positif “seks selamat” disamping mengawal kelahiran anak luar nikah. Tak betul tu Syed.

“Sewajarnya kita fikirkan solusi untuk kawal segala perjara yang boleh membawa kepada zina. Itu keutamaan paling minimum,” kata Dr Fathul.

Beliau menambah, Islam juga mempunyai pendidikan seks dimana penekanan diterapkan melalui pernikahan yang sah.

Ujarnya, pernikahan yang sah menjamin kepada hubungan seks yang selamat, bersih dan bebas daripada sebarang keraguan menghidapi penyakit kelamin (STD).

Ianya juga sekaligus mencegah daripada kes pembuangan bayi dimana anak yang dilahirkan bukanlah anak luar nikah. rujukan

Sebagai orang muda dan mengaku sebagai pemimpin segerombolan anak-anak muda yang lain dalam satu platform politik, kenyataan Syed Saddiq yang menggesa supaya didikan cara-cara melakukan seks dengan selamat diajar kepada golongan sasaran mengundang pelbagai persepsi.

Sudah tentunya dalam konteks negara Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah orang Islam, kenyataan sedemikian sebenarnya dilihat lebih kepada soal menggalakkan lagi perlakuan yang sememangnya adalah satu kesalahan besar menurut agama Islam.

Sebab itulah MMI tertanya-tanya apakah hala pandangan Syed Saddiq sewaktu mahu mengulas tentang isu berkaitan ?

Apakah beliau terlupa sebagai orang Islam kita harus berpegang kepada perkara yang lebih utama berdasarkan kepada kedudukan agama Islam itu sendiri ?

Dan kenapa Syed Saddiq lebih melihat kepada soal amalan hidup sedangkan beliau sendiri adalah seorang Islam ?

Disinilah sebenarnya kesilapan Syed Saddiq, anak muda yang diangkat terlalu tinggi dalam parti politik yang sedang berdepan dengan kecelaruan demi kecelaruan itu akhirnya tersalah langkah.

Ramai yang sedar dan tahu "background" atau sisi luaran Syed Saddiq !

Budaya luar dianggap sebagai sebahagian daripada amalan hidup sehinggakan aksi-aksi di "club" itu sudah menjadi perkara biasa sedang realitinya orang Islam ditegah dan dilarang untuk bercampur baur apatah lagi dalam suasana yang sedemikian.


Well walaupun Syed Saddiq pernah mengaku yang beliau bukan manusia yang sempurna dan berusaha untuk memperbaiki diri, kenyataan yang dangkal kadang kalanya memperlihatkan teras dan pendirian itu masih lagi berbekalkan kepada perkara yang menjurus kepada logik akal dan amalan hidup masyarakat pelbagai.


Sedikit percambahan minda, Apakah hubungan Syed Saddiq dengan Marina Mahathir ini sekadar rakan atau atas dasar adik kakak atau berdasarkan kepada prinsip dan pendirian ?

Siapa Marina Mahathir ?

Dalam satu penulisannya Marina telah menyatakan secara terbuka pendiriannya mengenai seks songsang atau LGBT dan Marina juga pernah membuat kenyataan yang menggambarkan beliau menyokong murtad di dalam salah satu tulisan beliau sepertimana petikan berikut:

“Terdapat kecenderungan banyak pihak untuk mendakwa sesiapa yang berfikiran berbeza dari mereka, lebih dari sebelum ini. Yang anehnya mereka ini lebih minat memberkas dari kalangan sesama akidah.

Ianya umpama menyertai sebuah kelab, dan kemudian anda tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkannya walaupun anda sudah tidak menyenangi peraturan-peraturannya.” Baca artikel berkaitan di SINI

Bukan niat MMI untuk mengatakan Syed Saddiq dan Marina Mahathir adalah sama tetapi sekadar perbandingan supaya kita dapat melihat apakah benar prinsip dan pendirian Syed Saddiq khususnya dalam hal membabitkan permasalahan sosial itu tidak dibayangi oleh prinsip dan pendirian yang dibawa Marina dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels