Followers

Friday 8 December 2017

Ahli DAP Kata Kit Siang Nak Jadi PM


Dalam diam-diam simpan hasrat dan impian tapi untuk dapatkan peluang tersebut beliau perlu memainkan watak yang berbeza seperti mana watak si putera raja yang disumpah menjadi Beast, walaupun luarannya ganas tetapi jauh di hati kecilnya punya sifat seorang putera raja yang baik.

Namun dalam siri drama melibatkan pemimpin DAP ini ianya berubah sedikit, watak yang ditonjolkan adalah seorang manusia yang punya seribu wajah tetapi jauh di dalam hati jiwanya kekal seperti mana rakus dan ganasnya si Beast.

Oleh kerana itulah apabila disebut-sebut Kit Siang begitu menginginkan jawatan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memerintah Malaysia, MMI tidak terkejut sebab ia adalah agenda tersembunyi. 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa pernah menyatakan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang memerintah.

Hasrat Kit Siang itu didedah sendiri oleh ahli DAP kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman di sebuah kedai kopi di Pulau Pinang, tiga minggu lalu.

Tanpa menamakan ahli DAP itu, Zainal Abidin berkata hasrat bapa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng itu boleh dicapai melalui undian daripada gabungan PKR, PAN dan PPBM.

“Saya terjumpa mereka di kedai kopi tiga minggu lalu. Mereka bagitahu, Kit Siang menyimpan keinginan untuk jadi de facto PM, itu bukan kata saya tapi penyokong DAP,  kalau nak saman saman dia.

“Dia (ahli DAP itu) kata, kalau PH boleh memerintah negara dengan sokongan ahli DAP dan orang Cina mirip DAP (penyokong PPBM, PAN dan PKR), dia (Kit Siang) akan jadi PM.

“Minta simpanglah (dijauhkan),” ujarnya.

Zainal Abidin berkata demikian ketika ditemui di laman media Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, Jumaat.

Menurutnya lagi, matlamat Kit Siang bukan perkara mustahil kerana DAP boleh menuntut daripada gabungan PH yang hanya mempunyai sokongan 30 peratus daripada orang Melayu manakala selebihnya adalah undi Cina.

“Dia ada hak dan merit untuk demand kerusi paling unggul iaitu kerusi PM kerana penyokong Cina meletakkan kemenangan kepada DAP, meskipun PKR, PAN dan PPBM banyak kerusi tetapi undi Melayu yang mereka perlukan hanyalah 30 peratus sahaja,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, pembangkang ketika ini masih berbalah siapa bakal dilantik Perdana Menteri sekiranya memerintah negara walauupun ada cadangan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai tindakan 100 ahli DAP Pulau Pinang bertindak  keluar parti semalam dan sebahagian daripada mereka memotong kad keahlian di hadapan media, beliau percaya mereka mulai merasakan yang perjuangan parti itu hanyalah sia-sia sahaja.

“Di Pulau Pinang sejak dulu lagi dan selepas DAP memerintah, nak cari seorang keluar parti pun susah. Tetapi ini 100 orang keluar parti.

“Tentu mereka fikir perjuangan mereka jadi sia-sia setelah DAP memerintah sembilan tahun, kebaikan yang mereka harapkan jadi kemudaratan. Saya tidak terkejut kerana DAP yang pegang tampuk kuasa,berbuat mengikut kehendak parti itu sahaja,”ujarnya. - Bnbcc

Buktinya mudah sampai sekarang ni tak mau lepas-lepas jawatan :) nak pegang sampai mati ka ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels