Followers

Friday 8 December 2017

Hina Sultan , Bila DAP Tidak Lagi Membela Zaid


Mungkin Zaid Ibrahim merasakan beliau adalah seorang pemimpin politik yang paling tinggi kastanya dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh menggugat beliau.Bagi MMI bukan soal gugat atau menggugat sebenarnya tetapi ianya lebih kepada soal hormat dan berfikiran lebih rasional dalam apa jua yang mahu dilontarkan kepada umum.

Sebagai orang politik yang mengaku punya pengalaman luas, Zaid sebenarnya telah tersilap langkah apabila mensasarkan Sultan Selangor.

Jika sebelum ini beliau sering kali terlepas dengan kenyataan-kenyataan sinis dan tajam terhadap pihak-pihak lain, tindakan Zaid kali ini nampaknya bukan sahaja menyebabkan beliau sendiri bermasalah tetapi telah membuka pekung pembangkang khususnya DAP sendiri bagaimana dalam keadaan tertentu parti cauvinis itu akan bersikap lepas tangan.

Siapa Zaid Ibrahim yang perlu DAP pertahankan ?

Apakah sumbangan Zaid kepada DAP yang boleh dibanggakan ?

Jika ada sekalipun ia hanyalah hadiah dari Zaid kepada DAP tidak lebih dari itu.Parti cauvinis DAP seperti mana yang kita tahu akan menerima apa sahaja yang boleh membantu gerakan sama rata mereka tetapi tidak akan sesekali berterima kasih kerana ego dan bongkak parti itu yang tidak akan tunduk waima dengan parti-parti yang bersekongkol dalam Pakatan Haprak.

Apatah lagi jika ianya datang dari parti musuh mereka seperti mana yang berlaku dalam isu bantuan banjir di Pulau Pinang.Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri lebih banyak putar belit daripada mengakui bahawa kerajaan pusat telah membantu rakyat Pulau Pinang.

Terkini Ketua Publisiti DAP, Tony Pua pula telah menyatakan pendirian parti itu terhadap Zaid Ibrahim supaya  perlu bertanggungjawab tanpa membabitkan parti susulan kenyataannya terhadap Sultan Selangor.

“Saya rasa ahli kami dibenarkan menyuarakan pandangan mereka tetapi mereka perlu berdepan dengan kesannya, betul atau salah.

“Ia tiada kaitan dengan DAP, terutamanya apabila Zaid tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara baru-baru ini.

So Zaid Ibrahim bila dah pandai sangat tu berdepanlah sendiri sebab kenyataan itu dikeluarkan secara sukarela makanya anggap sahajalah apa jua tindakan selepas ini terhadap diri beliau adalah sesuatu yang perlu ditangani dengan sukarela.

DAP terang-terang bukanlah parti yang berpegang kepada apa yang mereka ungkapkan, parti ini yang dikuasai segerombolan mereka yang punya kuasa dalam Dinasti Lim adalah parti yang lebih mementingkan agenda peribadi mereka.

Bayangkan kalau bab Zaid Ibrahim pun mereka bersikap lepas tangan, apa mungkin perkara-perkara dan hal melibatkan rakyat, orang Melayu dan Islam akan dibela ?

Tanya Zaid agak-agak apa dia nak kata ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels