Followers

Saturday 9 December 2017

Kenapa Wakil Kelab UMNO Luar Negara Sering Menangis Di PAU ?


Perhimpunan Agung UMNO 2017 sekali lagi memperlihatkan bagaimana wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ahmad Syazwan Shah Shah Headan menitiskan air mata sebak sewaktu menyampaikan ucapannya di pentas keramat orang-orang Melayu.

Pastinya ramai yang turut merasakan perasaan sebak itu tatkala anak muda kelahiran Pulau Pinang ini teresak-esak berusaha untuk menyempurnakan ucapannya yang pada ketika itu menyentuh tentang keputusan Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel.



Walaupun ada dari kalangan netizen khususnya puak-puak pembangkang yang melabel anak muda ini sebagai pelakon air mata terbaik hakikatnya tiap titisan air mata dan perasaan sebak yang menyelubungi seluruh dewan Merdeka di PWTC itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat secara paksaan.

Ianya hadir dengan jiwa dan perasaan suci seorang anak Melayu yang telah melihat dunia luar !

Kelebihan yang dimiliki oleh Ahmad Syazwan dan rakan-rakannya di seluruh dunia melihat sendiri bagaimana lanskap dan budaya bangsa lain semestinya menjadi alasan paling utama kenapa kumpulan Kelab UMNO Luar Negara ini sering kali menitiskan air mata mereka.

Ramai dari warga Malaysia khususnya orang-orang Melayu tidak mendapat peluang sebegitu dan sudah tentu nilai diantara bangsa dan negara sendiri menjadi perbandingan dengan bangsa dan negara asing.

Perbezaan itulah yang MMI yakin telah menyebabkan jiwa anak-anak muda ini begitu sensitif tatkala berbicara soal Bangsa, Agama dan Negara.

Seperkara yang perlu kita tahu adalah ini bukanlah kali pertama aksi sebegini berlaku di pentas PAU kerana wakil sebelum ini juga turut sama mengundang rasa sebak di kalangan para perwakilan.

Situasi ini berlaku pada PAU 2012 apabila wakil Kelab UMNO Tokyo,  Ariff Yasir Zulkafli menyanyikan lagu Anak Warisan ‘Anak Kecil Main Api’ sebagai peringatan kepada semua perwakilan, Umno akan dijajah semula jika terus bermain dengan sentimen persengketaan yang berpanjangan.



MMI yakin ada dikalangan warga Malaysia yang begitu mendendami UMNO dan kerajaan BN, masing-masing punya pandangan tersendiri namun dalam kita meniti arus perkembangan dunia dan negara seboleh-bolehnya bertapaklah diatas kaki sendiri dan melihat dunia dengan seluas-luasnya.

Anak-anak muda ini ikhlas dan mereka menzahirkan apa yang tersimpan di hati berdasarkan pengalaman dan sudah tentu pengalaman itu hadir dengan perbandingan diantara 2 benua.

Percayalah tidak ada yang lebih baik dari tanah tempat kita berpijak !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels