Followers

Monday 12 March 2018

Azeez Bertindak Notis Saman Dah Sampai KOMTAR


Kaki putar belit dan besar kepala Guan Eng hari ini berdepan dengan satu lagi tindakan mahkamah apabila Datuk Azeez apabila menyerahkan notis saman terhadap Ketua Menteri paling bongkak  itu melalui peguamnya di Komtar.

Peguam Abdul Azeez, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, notis undang-undang itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat lalu manakala tarikh pengurusan kes ditetapkan 9 April ini.

Menurut beliau, Guan Eng kini mempunyai tempoh 14 hari bagi memberi maklum balas kepada notis tuntutan saman itu termasuk untuk membela diri.

“Notis tuntutan saman ini adalah berhubung kenyataan-kenyataan fitnah Guan Eng terhadap Abdul Azeez yang dibuat di dua lokasi iaitu ketika sidang akhbar beliau pada 28 Februari lalu serta ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Penang Development Corporation pada 1 Mac lalu,” katanya.

Syabas MMI ucapkan kepada Datuk Azeez kerana bangkit melawan puak-puak kaki fitnah khususnya kepala-kepala besar yang rasa tanah orang-orang Melayu ni macam mak bapak depa punya !

Paling jelas adalah tindakan Guan Eng yang bongkak kerana tidak mahu memohon maaf itu bersifat FITNAH secara langsung dan seperti mana yang dimaklumkan oleh peguam Datuk Azeez, Guan Eng membuat tuduhan fitnah itu di dua tempat yang kalau kita amati ianya pasti disertai dengan niat yang bersungguh-sungguh.

Macam yang MMI sebut dalam artikel sebelum ini MMI optimis bahawa Guan Eng telah melakukan kesilapan paling besar dalam semua kesilapan besarnya yang lain.BACA SINI

Well Guan Eng lu sudah boleh packing barang dan tolong keluar dari Pulau Pinang lepas PRU14 nanti, apa keputusan sekalipun tolong tunaikan janji 2 penggal pegang jawatan !

Kemudian bersedialah untuk berdepan dengan segala macam tindakan mahkamah yang sedang menunggu kamu untuk dibicarakan.

Rakyat Pulau Pinang pasti bersuara !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels